Saturday, September 15, 2007

Pengajaran DI Bulan Ramadhan ini

Salam semua...Salamat Berpuasa di Bulan yang m,ulia ini...
kisah dibawah ni saya ambil dr emel yang di 4wardkan kepada saya...

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis
yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti
lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya
benar-benar membimbangkan ibu.



Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi
mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai
tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali
berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.



Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi
perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan
annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan
boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"



Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya
terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik
doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".



Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya
bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal
berhampiran rumah kami, timbul desas- desus mengenai isteri Abu Khoiri yang
tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan
tuli.


Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada
saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan
tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi
rumah mereka, tanya sendiri" Rupa- rupanya adik mengambil serius kata-
kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?



Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang
labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri
jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat
perubahan yang ajaib..ya, saya katakana ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!



Tiada lagi anak-anak muda atau teman- teman wanitanya yang datang ke rumah
hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat,
dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli
majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan
yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..



Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan,
kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di
sana , saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil
saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak
henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya
itu yang mampu saya usahakan.



Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-
debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya
lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...





Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik
adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur
semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini Perubahan yang terjadi ketika
adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di

situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya
seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak
wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik
bagaimana?



Isteri jiranku : Nisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan
dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan
untuk wanita ..



Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak
elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi
mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu
dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah
lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari
mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun
masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu
dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka
tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung



Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah
mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan
rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu
mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan
Allah SWT.



Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia
seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang
tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun
keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak
mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi
musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada
di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing
masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang
berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat
peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang
tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta
ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang
berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu
Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari
itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar
yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil
hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari
ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang
Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . .
Allah SWT .





Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya

dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan
bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya ,
wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat
mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan
segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"



Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin



Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi

iktibar bagi kita semua. Wassalam

Nak Cari Wang Lebih

Paipwang: Make Money Works For You!


Thursday, April 27, 2006

entry kt bawah ni aku amik dr blog kwn2.....
jgn marah yek....
anyway aku nak blajr nak jdkan blog ni bertambah menarik...ermmm
pening2....

Semalam...

Semalam..

Ada titisan jernih membasahi pipiku..

Semuanya dek perbuatanmu..

Yang telah melukakan hatiku...

Semalam...

Aku terfikir...

Kenapa hati ini sering dilukai..

Kenapa diri ini sering ditipu...

Kenapa airmata ini terlalu mudah untuk mengalir..

Kenapa!!Kenapa!!Kenapa!!!!!!

Aku hampir mengalah pada cinta ini..

Aku hampir lemah memikirkan perjalanan cinta ini..


Semalam...

Semalam..

Ada titisan jernih membasahi pipiku..

Semuanya dek perbuatanmu..

Yang telah melukakan hatiku...

Semalam...

Aku terfikir...

Kenapa hati ini sering dilukai..

Kenapa diri ini sering ditipu...

Kenapa airmata ini terlalu mudah untuk mengalir..

Kenapa!!Kenapa!!Kenapa!!!!!!

Aku hampir mengalah pada cinta ini..

Aku hampir lemah memikirkan perjalanan cinta ini..

Sahabat-sahabat,dengan nama Allah,mari kita..
Saling merapatkan,bukan merenggangkan
Saling mempersaudarakan,bukan memperseterukan
Saling mengilmukan,bukan menjahilkan
Saling menyatukan,bukan memecahbelahkan
Saling menyayangkan,bukan membencikan
Saling mempermudahkan,bukan menyusahkan
Saling mencerahkan,bukan menggelapkan
Saling menyelesaikan,bukan membebankan
Saling membijaksanakan,bukan membebalkan
Saling memurnikan,bukan mengeruhkan
Saling mensalihkan,bukan memfasikkan
Saling menggembirakan,bukan menyedihkan
Saling memuliakan,bukan menghinakan
Saling menguatkan,bukan melemahkan
Saling membinakan,bukan meruntuhkan
Saling meningkatkan,bukan menurunkan
Saling menguntungkan,bukan merugikan
Saling mengindahkan,bukan memburukkan
Saling menyedarkan,bukan memalukan
Saling membahagiakan,bukan mencelakakan
Saling mendoakan,bukan mela'natkan
Saling mentaqwakan,bukan memaksiatkan
Saling melembutkan,bukan menggarangkan
Saling menasihatkan,bukan menggelarkan
Saling mendamaikan,bukan menggawatkan

Tuesday, April 11, 2006

Assalamualikum semua....

Alhamdulillah setelah lama menyepikan diri....
skrg aku dah berjaya menamatkan pelajaran dan menjunjung ijazah ....
kepada semua sahabat ni alamat aku buat masa ini...

Ketua Terup TSMB
4 Skn RSD MEK
Kem Batu 10
25990, Kuantan...

atas nama Kapt Syed Kamalluddin bin Syed Mokhtarruddin

ni no phone 0192708893

anyway wat semua kwn2 lama semoga melayari kembali blog aku ni...
ok take care my fren...

wassaqlam......

Monday, April 11, 2005

assalammualaikum..buat sahabat2ku aku nie aku ambil dari maseg yg di send pada aku..so aku bg kat korang sbg tanda ingatan dalam ukhuwah fillah ini..harap ianya berkekalan dalam redha Illahi dan menjadi sebahagian syafaat dia khirat kelak..sbg mana sabda nabi:"tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia kasih akan saudaranya seperti mana ia kasih akan dirinaya"..harap kita begitulah sentiasa bersama dalam suka dan duka serta saling mengingatkan ketika lupa..

kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu... tapi tak leh ramai sgt..nanti habih airmata aku...

kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat lari tak larat aku nak kejar..

kawan..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasihkau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memakihamun x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...

kawan..
jika kau kecewa keluargamu takbahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kaubenci kepada ibu bapa kau..tapi..terimalah segala ketentuan Allah... dan belajar untuk cintai mereka..

kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatuhari nanti...
ceritalah pada aku..aku takkan sebutnama perempuan/lelaki itu...tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...

tetapi kawan...jika suatu hari aku berdiam diri..aku tidak membalas messagemu..aku tidak angkat panggilan darimu...hubungilah aku segera...sebab waktu itu aku..aku mungkin perlukan kau...atau aku sudah tiada lagi didunia ini...............

jadi andai ini suratan buatku kalian doakan kesejahteraanku di dunia abadi kerana mungkin doa kalian mampu menemani aku dialam yg berbeza itu..

Apapun kawan..segalanya ketentuan Illahi buat kita yg bernama manusia..carilah.kecapilah manisnya mahabah fillah yg Allah utuskan dlm persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh dimata..dekat dalam munajatku padaNya..

Tuesday, April 05, 2005

Cerita April Fools

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day

sebagai renungan bersama. sbb suka ikut cara org bukan ikut cara Islam.......

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb Aprilini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islamdari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Akhuukum Fil Islam
abunur .....sedikit yang berkat lebih baik.... drp banyak yang mudarat

Saturday, March 26, 2005

Allah berfirman : Cantiknya wanita

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wanita adalah Hiasan dunia... secantik Hiasan adalah WANITA SOLEHA.Hargailah dia dlm hidpumu..

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

....Andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti.....

ADAB KETIKA MENGUAP

Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Kita disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung.

Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia adalah dari syaitan.

Rasulullah bersabda: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah (Alhamdulillah), hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya. Riwayat Bukhari.

Saturday, March 12, 2005

..CINTA..

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.


Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan